Semasa

Bukan Malas – Arora Minta Pelanggan Tulis Alamat Penghantaran Sendiri

Jangan salah faham apabila kami meminta anda untuk menulis alamat penghantaran anda sendiri. Majoriti situasi, kami hanya diberikan keratan foto kad bisnes atau sampul yang mengandungi alamat penerima dan memerlukan kami menyalin semula huruf demi huruf yang bercantum menjadi alamat penerima tersebut.

3 Sebab kenapa anda harus tulis sendiri alamat penghantaran anda.

1. Kami tak buat pengesahan semula

Menguruskan 30-60 parcel sehari menyukarkan kami membuat pengesahan semula daripada pelanggan (samada alamat yang ditaip betul atau tidak). Biasanya jika dipertanggungjawabkan, kami akan terus taip ke dalam sistem pengeposan.

2. Anda lebih teliti dengan maklumat anda

Kami boleh jadi terlepas maklumat-maklumat penting apatah lagi mengambil kira keratan foto (screenshot) yang diberikan kurang jelas. Berbeza jika anda yang menulisnya sendiri, anda pasti akan memastikan maklumat-maklumat ini disertakan.

Baca 5 tips bagaimana untuk menghasilkan alamat penghantaran yang pendek, jelas dan mudah difahami.

3. Risiko kesilapan dan kecuaian semakin meningkat

Risiko berlaku kesilapan dan kecuaian ketika menulis alamat semakin meningkat apabila anda mula menulis alamat yang ke-10 dan seterusnya. Salah nombor rumah, salah ejaan, salah poskod. Semakin banyak, semakin mudah untuk berlaku kecuaian.

Sebab itu, kami lebih utamakan alamat yang sudah siap ditulis dan kami hanya perlu copy & paste sahaja alamat-alamat tersebut.

Tips memudahkan urusan

Sekiranya anda kerap membeli-belah secara atas talian, kami sarankan anda sediakan satu format tulisan alamat yang boleh anda forward-kan pada bila-bila masa. 3 komponen asas ini sahaja sudah mencukupi; nama penerima, alamat & no. telefon. Contohnya.

Atiqah Sabtu (60193132338)
No. 9, Jln. BS 11/11, Tmn. Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Simpan di dalam notepad smartphone anda. Anda sudah bersedia untuk forward-kan kepada penjual pilihan anda.

Kami tetap berkhidmat untuk anda

Segelintir pelanggan berkeras agar kami menulis alamat bagi pihak mereka.

Kami sentiasa sedia melakukannya dan dalam masa yang sama, khidmat kami tertakluk kepada terma seperti berikut.

  1. Kami tidak perlu mengesahkan semula alamat yang telah kami taip.
  2. Kami tidak menanggung sebarang liabiliti sekiranya berlaku kesilapan (alamat) dan menyebabkan item tidak diterima oleh pihak pembeli.
  3. Penghantaran semula kali ke-2 (sekiranya diperlukan) akan dibiaya sepenuhnya oleh pihak pembeli.

Hanya sekiranya anda bersetuju dengan terma di atas, kami akan menulis alamat penghantaran bagi pihak anda.