Semasa

JNT Tak Layan Parcel Lepas 4.00 Petang – Tak Mahu Ulang Kesilapan Lama

2 minggu lalu, kita dikejutkan dengan video pekerja J&T membaling parcel pelanggan di hub pengumpulan barang syarikat tersebut tanda protes.

Sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengambil tindakan terhadap pekerja yang menguruskan parcel secara kasar, pihak J&T Express Malaysia kembali meneliti semula pelbagai aspek bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Pihak J&T Tidak lagi menerima sebarang parcel selepas pukul 4 petang

Lantaran itu, pihak pengurusan J&T di kawasan premis operasi Arora Fashion telah membuat keputusan untuk memproses parcel pada hari yang sama hanya jika ia diterima sebelum pukul 4.00 petang.

Sekiranya diterima selepas pukul 4.00 petang, parcel tersebut akan diproses untuk penghantaran hari esok pula. Kata petugas, ini bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan semua barangan yang masuk dahulu dapat dikeluarkan terlebih dahulu (dihantar kepada pelanggan).

Oleh itu, jika anda bercadang untuk membuat tempahan menggunakan servis J&T, pastikan anda lakukannya dengan lebih awal lagi.