Syukur Mengikat Segala Nikmat Allah

Arora Fashion
Arora Fashion
Membangunkan asas sebuah kehidupan beragama yang lebih sempurna.

Di padang mahsyar kelak, ada 3 sifat makhluk yang dizahirkan akan bergerak. (1) Mereka yang tanpa selipar, (2) Mereka yang tiada berpakaian dan (3) Mereka yang tidak dikhitan.

Apakah kita rasa memiliki sepasang selipar merupakan satu kebiasaan? Tidak. Ia merupakan satu kemewahan yang masih didambakan jutaan manusia di dunia ni.

Dan pernah tak kita menggerakkan lidah mengucapkan Alhamdulillah hanya dengan melihatkan sepasang selipar tersebut? Tidak?

Ucapkanlah Alhamdulillah setiap kali kita mengenangkan dan merasai nikmat-nikmat yang telah Allah SWT berikan.

Nikmat yang bagaimana?

Setiap kali kita bangun dari tidur selepas tidur (dimatikan seketika) sepanjang malam, melihat wajah anak kecil kita, melihat wajah suami yang soleh/isteri solehah kita, melihat makanan terhidang di atas meja, melihat kenderaan di luar rumah kita, teringatkan ayah & ibu di kampung. Ini semua nikmat dari Allah. Ucapkanlah Alhamdulillah… Alhamdulillah…

– Arora Fashion

Tidak terhad kepada senarai di atas malah ribuan nikmat yang telah diberi di sepanjang kehidupan kita wajib kita syukuri.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Surah Ibrahim: Ayat 7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Ayat yang membuktikan Allah telah berjanji terhadap hamba-Nya bahawa segala nikmat yang diberikan, bahkan ditambah lagi sekiranya disyukuri.

Maka bersyukurlah atas segala nikmat yang telah Allah berikan.

Kerana hanya dengan bersyukur, Allah akan mengikat nikmat itu serta mengekalkannya bersama dengan kita di sepanjang kehidupan kita selagi kita terus mensyukurinya.

Sumber foto utama.

Kongsikan artikel menarik ini!
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook