Salvia Tudung Plain Kanak-kanak

Gemarkan tudung tekstur berpasir (crepe) yang halus & sedikit memeri (sesuai untuk kanak-kanak)? SALVIA kini sedia dalam 3 saiz, kerana mendapatkan saiz yang sepadan dengan anak adalah impian ibu-ibu di seluruh dunia.
Material Mosscrepe
Tekstur crepe (berpasir). Terasa lembut kerana kehalusan kainnya. Serat kain sangat rapat & 10% bersifat memeri.
3 Saiz Untuk Anak
Tersedia dalam saiz 3S, 2S dan S untuk anak berusia dalam lingkungan 3 hingga 13 tahun. Dapatkan ukuran tepat di bawah.
20 Warna Plain Pastel
Pilihan-pilihan warna yang lembut & bersifat feminin. Amat mudah untuk dipadukan dengan jenis warna lain.
Awning Scuba
Lebih kelihatan kemas terutama jika pemakai dari kalangan si kecil yang aktif & lasak. Masalah awning kerap terlipat juga tiada.
Sejuk & Selesa
Kain Moss bukan sahaja breathable malah terasa ringan bila dipegang. Serat kain melancarkan pengaliran udara.
Tak Kedut, Tak Perlu Iron
Menjimat masa, apa lagi kalau tiba-tiba bergegas. Penjagaan ringkas dan mudah menjamin tahap stres harian yang rendah.
3 Saiz Pilihan
Jangan beli pin dulu kerana tudung tersedia dalam 3 saiz. 3S (paling kecil), 2S dan S. Feedback dari pemakai, ia paling sesuai untuk anak berusia 3 hingga 13 tahun.

20 Pilihan Warna Plain Pastel
Klik setiap satu foto di bawah untuk zoom-in lebih dekat dan detail.
Berminat Untuk Mendapatkannya?
Klik butang di bawah (whatsapp terbaik!) dan hantarkan terus tak kira masa, walaupun 3 pagi. Staf bangun nanti akan terus balas.
Yang penting, sediakan pilihan. Anda akan kami bantu dari awal sehingga produk sampai ke tangan.