Qayra Telekung Dwi-Tona Sulam Ombak Viscose Silk Kanak-kanak

Salah satu cara menawan hati si kecil untuk rajin bersolat adalah dengan melengkapkan dirinya dengan aksesori cantik, baru dan menawan.
Alah, macam awak di dapur lah juga. Lagi bersemangat bila perkakas berteknologi, moden & baru dibelikan suami tersusun depan mata kan? ;P
Qayra™ Kids, hadiah terhebat sebagai inspirasi anak agar lebih yakin bersolat.
Material Sutera Viscose
Viscose Silk berkualiti tinggi bersifat lembut dan licin pada kemasan luar dan tidak melekap di badan (dalam).
Sejuk & Selesa
Sifat breathable sutera viscose menjadikan pemakai berasa sejuk & selesa ketika bersolat walaupun jangka masa lama.
Getah Muka
Jahitan getah di bahagian muka bersifat stretchable dan kemas terletak mengikut bentuk raut wajah pemakai.
Pilihan Corak Floral
Bukan sekadar warna, pilihan telekung anda kali ini disertakan reka corak floral sebagai pilihan.
OneSize™ (Saiz Tunggal)
Ditawarkan dalam satu saiz tunggal sahaja untuk si pemakai. OneSize™ adalah teknologi material terubahsuai yang digunakan pada komponen tertentu seperti getah atau kain agar lebih tahan lama untuk pemakaian yang lebih lasak dan mampu menyokong saiz pemakai yang pelbagai.
Saiz sesuai untuk puteri kecil berumur 5 hingga 9 tahun.
Rujukan Ukuran. Pun begitu, tak perlu risau kerana masa tempah nanti anda masih boleh dapatkan nasihat & cadangan dari staf berkenaan saiz.

11 Design Dwi-Tona Pilihan
Klik setiap foto di bawah untuk Zoom-in. Lihat lebih dekat dan lebih detail.
Berminat Untuk Mendapatkannya?
Klik butang di bawah (akan ke Whatsapp) dan hantar terus tak kira masa, walaupun 3 pagi. Staf bangun nanti akan terus balas.
Yang penting, sediakan pilihan. Anda akan kami bantu dari awal sehingga produk sampai ke tangan.