Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

5 Cara Mudah Buang Tahi Lalat Pada Telekung

Berbanding pakaian lain, telekung lebih kerap terdedah kepada kelembapan (air wuduk) sehingga minimum 5 kali sehari & kebiasaannya terus digantung tanpa dikeringkan terlebih dahulu. Bila ‘terkepam’ berhari-hari, maka tahi lalat (kulat) pun tumbuh lah.

Kami kongsikan di sini beberapa cara untuk menghilangkan tahi lalat pada telekung dan juga beberapa jenis fabrik lain di rumah.

5 Cara Mudah Buang Tahi Lalat Pada Telekung

1. Cuka

Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan.

Caranya, Bancuh 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan telekung sekurang-kurangnya selama 1 jam.

Kemudian, gunakan detergen/serbuk pencuci untuk mencuci bahagian telekung yang berkulat. Agar kulat lebih mudah ditanggalkan, bilas & berus kawasan berkulat menggunakan air suam (sedikit hangat).

Mahu gunakannya (cuka) untuk mencuci fabrik lain? Masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen & air sedikit hangat.

TIPS ARORA
petua hilangkan tahi lalat
Foto Kredit: tescoliving.com

2. Baking Soda

Selain cuka, baking soda adalah bahan yang baik untuk menghilangkan tahi lalat pada telekung. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Sepertimana cuka, baking soda juga boleh menyerap bau-bauan daripada kulat.

Caranya, sediakan pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian telekung yang berkulat.

Biarkan seketika dan kemudian ratakan dengan memberus.

Jika tahi lalat masih tak tanggal, tambahkan sedikit cuka putih pada pes baking soda tadi. Kedua-dua bahan ini selalu digandingkan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza.

Malah ini mungkin cara yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!

Foto Kredit: pinterest.com
Foto Kredit: Pinterest.com

3. Jus lemon & garam

Caranya, sebiji lemon diperah dan dicampurkan dengan sedikit garam sehingga membentuk pes. Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian telekung yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa.

Anda juga boleh merendamkan telekung dalam larutan lemon dan garam ini menggunakan air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.

putihkan baju
Foto Kredit: dailynewsdig.com

4. Peluntur

Peluntur (bleach) atau lebih dikenali sebagai Clorox adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian.

Namun, peluntur juga akan melunturkan warna. Jadi ingat! Cara ini hanya sesuai untuk telekung berwarna putih sahaja.

Caranya, larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut.

Taburkan sedikit serbuk pencuci dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.

Sebaiknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci telekung tersebut.

cara menghilangkan tahi lalat pada pakaian
Foto Kredit: adweek.com

5. Vanish

“Vanish” adalah jenama yang tak asing dan boleh dibeli di pasaran yang setara dengan kuasa peluntur. Bezanya “Vanish” boleh digunakan pada telekung berwarna putih mahupun yang berwarna-warni.

Caranya, sapukan “Vanish” pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan serbuk pencuci.

cara hilangkan tahi lalat pada telekung
Vanish PowerQ

Tips Ekstra Eksklusif

kredit foto: travelfashiongirl.com

6. Jemur bawah matahari

Selepas mencuci telekung yang terkena kulat, jemurkannya di bawah cahaya matahari untuk proses pengeringan yang efektif.

Ingat, tahi lalat muncul disebabkan telekung terdedah kepada kelembapan (tak dikeringkan) dalam jangka masa yang lama.

Nak cuci telekung anda minggu ini? Keringkan dulu telekung yang berpeluh atau lembap sebelum dicampak ke dalam bakul baju kotor. Selalunya, sementara tunggu bakul baju kotor penuhlah, lebih banyak tahi lalat mula muncul.

TIPS ARORA

7. Anginkan depan kipas

Kalau telekung masih belum mahu dicuci, anginkan telekung anda di hadapan kipas berdiri setiap kali selepas anda selesai menunaikan solat.

Caranya, sediakan sebuah Coat Stand dan standby di sebelah kipas berdiri. Setiap kali selesai menunaikan solat, terus sangkutkan telekung dan anginkannya untuk seketika di depan kipas berdiri.

kredit foto: ikea.com/my

8. Sediakan telekung ekstra

Kami ada beberapa jenis dan lebih 20 pilihan warna telekung untuk anda pilih sekiranya anda perlukan telekung yang baru & fresh, atau simpanan ekstra, atau sementara nak tunggu telekung anda yang satu lagi siap kering di jemuran? ????

Jangan lupa. Menyediakan telekung tambahan untuk tetamu bermaksud anda tak tahu apa saiz yang mereka pakai. Telekung dengan Universal Size (sehingga 4XL) seperti kami bawakan ni mungkin pilihan terbaik.

Jadi anda hanya perlu sediakan dua atau tiga (telekung) sahaja untuk semua.

Bukan setakat yakin, anda pasti menemui warna favorite anda (ada lebih dari 20 warna ni..!! ????), telekung yang bakal tersusun mewarnai bilik solat anda ini tak disangkal merupakan koleksi no. 1 paling laris sepanjang tahun 2018. Some says it’s gonna win 2019 too.

Saiz untuk anak pun ada. Arora lebih berhati-hati dalam bab ni sebab masa ni anak membesar cepat & ketara. Jadi, kami ada dua (2) saiz → Saiz S (5-10 tahun) dan M (10-12 tahun).

Terima kasih kerana luangkan masa, tinggalkan komen untuk sebarang soalan & klik gambar atau button di bawah untuk Whatsapp kami untuk menempah.

Foto utama: cleanmyspace.com
Olahan artikel asal: siraplimau.com

Jangan Terlepas Promosi Arora Fashion Lagi Kali Ini!

Setiap bulan akan diadakan promosi yang berbeza-beza di Arora Fashion. Harapnya kali ini, ada-lah rezeki untuk anda grab promosi kita. Supaya anda tak terlepas, supaya anda jadi yang pertama mengetahuinya, Subscribe-lah email kami sekarang.

Share post ini bersama rakan anda
Share on email
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook

Leave a Comment

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Sign-up For Our Newsletter

Arora akan release kod kupon diskaun baru hampir setiap minggu khas untuk subscriber sahaja! Pastikan anda tidak terlepas email kami minggu ini! Sign-up now!

Dapatkan Potongan 20% Untuk Pembelian Sarima & Raina!

Hari
Jam
Minit
Saat
Harap maaf. Promosi ini sudah tamat.